Tidak hanya melakukan survei di darat, Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak kini akan turut melakukan survei di dasar laut Sarawak.
Untuk tujuan tersebut, jabatan tersebut telah memeterai perjanjian bersama Agensi Angkasa Malaysia bagi membolehkan perkongsian maklumat dijalinkan, termasuk melibatkan imej data satelit resolusi tinggi, sejauh 1.5 meter untuk mencipta peta liputan tanah.